Wednesday 9 October 2013

Teknik mengenakan tudung shawl cara Nora Danish

Memang dah jadi trend pemakaian tudung shawl sekarang ni sebab ia simple dan nampak manis bila dipakai.

kalau anda pun suka mengenakan shawl, jom kita tonton video yang dibuat oleh Imasahaja ini.





Anda berminat untuk mendapatkan tudung shawl yang cantik dan lembut? 

Kami menyediakan tawaran istimewa kepada anda yang membuat belian hari ini. Setiap shawl yang kami jual adalah RM55.00 sahaja.

Anda boleh hubungi kami di 012-3399034 hari ini.  Bagi anda yang membuat belian 5 helai akan mendapat 10% diskaun dan penghantaran adalah PERCUMA.

Hubungi kami hari ini dan anda mungkin mendapat hadiah misteri dari kami.

Tuesday 8 October 2013

Tips memilih dan menjaga tudung

TUDUNG dan perempuan tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan perkara penting kepada seseorang perempuan. Tidak boleh tidak, perempuan yang sudah baligh, Islam, taat dan comel akan memakai tudung. 

Tips lengkap memilih dan menjaga tudung

Pada kali ini saya berkongsikan beberapa petua dan tips memilih, menjaga dan memakai tudung. Bolehlah dikatakan ianya agak lengkap kerana disadur daripada pelbagai sumber dan dikumpulkan sekaligus di sini.

Tips memilih tudung ini dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

1. Tips memilih tudung berdasarkan bentuk wajah
2. Tips menjaga tudung
3. Tips memilih tudung berdasarkan warna kulit
1. Tips memilih tudung berdasarkan bentuk wajah

Secara amnya, bentuk wajah manusia terdiri daripada bujur, bersegi, panjang, segitiga dan bulat. Seharusnya pemilihan tudung adalah berdasarkan kepada bentuk wajah anda. Ini mampu menambahkan seri dan kepadanan kepada si pemakai.

Untuk wajah bujur, anda memang bertuah kerana bebas memilih tudung dan gaya bertudung. Jika anda penggemar shawl, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis shawl dan boleh memilih untuk menggunakan inner atau pun tidak.

Kepada mereka yang memiliki bentuk wajah bersegi, bahagian tulang rahang biasanya lebih lebar dengan dagu yang kurang kelihatan. Rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung dengan menggunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.

Sesiapa yang mempunyai wajah berbentuk panjang (dicirikan dengan dagu yang panjang, bentuk kening lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang), anda boleh mengurangkan kedudukan kening yang tinggi dengan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

Ciri utama bentuk wajah segitiga adalah dagu panjang ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Anda seeloknya memakai tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. 

Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan inner seperti hairnet. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan inner tersebut.

Sesiapa yang mukanya berbentuk bulat disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum mengenakan inner. Tapi berhati-hati agar memilih inner yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.


2. Tips menjaga tudung
Penjagaan yang betul akan memanjangkan jangka hayat tudung. Dari sudut ekonomi, ini memang langkah yang bijak. Dari sudut penampilan, tudung yang dijaga kemas dan betul akan membantu penampilan yang lebih kemas dan sedap dipandang.

Antara cara menjaga tudung yang boleh diamalkan ialah..

- Mencuci tudung dengan tangan dan jangan gunakan mesin. Ini akan memastikan tudung mendapat tekanan pada kawasan yang kotor sahaja.
- Menggantung tudung adalah lebih digalakkan daripada melipatnya.
- Jangan pakai tudung ketika rambut basah. Ini boleh menjejaskan fabrik tudung.
- Gunakan bahan pencuci yang lembut dan jangan lupa bahan pelembut.
- Jangan campurkan tudung dengan pakaian berwarna lain. Dikhuatiri ia akan merosakkan warna tudung.
- Jangan jemur tudung secara terus. Ini akan meemudarkan warna tudung. Anginkan sahaja di kawasan redup.

3. Tips memilih tudung berdasarkan warna kulit
Pemilihan tudung berdasarkan warna kulit memberikan kesan di dalam penampilan seseorang. Ia boleh sama ada membuatkan si pemakai kelihatan kusam, ceria, muda, tua dan sebagainya.

Kulit sawo matang – warna-warna hijau dan kuning atau terbitan daripada keduanya akan membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan menaikkan seri wajah anda.

Kulit kuning langsat – gayakan tudung berwarna biru, ungu violet dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Sementara tudung berwarna hijau dan kuning harus dielakkan supaya tidak kelihatan kusam dan kurang bermaya.

Kulit putih – pakailah tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu, merah hati atau merah gelap akan membuatkan anda kelihatan pucat.

P/s: Oh.. ya, pelbagai jenis tudung ada di dalam kedai tudung online kami. Jika masih ada masa lagi, cubalah klik dan perhatikan jika ada mana-mana tudung yang berkenan di hati anda. icon smile


Sumber Asal: Tips 
Lengkap Memilih, Menjaga Dan Memakai Tudung - Julmazli Dot Com 

Thursday 12 September 2013

Saya Nak Masuk Pasaran Kerajaan

Pada kebiasaannya saya menjual pada orang perseorangan tetapi kali ini, saya ingin mencuba nasib untuk masuk pasaran Kerajaan.

Hasrat ini bermula setelah saya membaca satu laporan yang di
tulis oleh saudara Haryzat Zulzahary tentang bagaimana beliau memasuki pasaran kerajaan secara kecil kecilan sahaja tetapi telah berjaya mengumpul RM500,000.00 dalam masa 18 bulan sahaja.

Anda pun mungkin teruja apabila membaca laporan beliau. saya nak sharekan laporan ini dengan hanya RM5.00 sahaja.

Klik disini untuk membuat bayaran dan saya akan menghantar link kepada email anda. Pastikan selepas anda membuat bayaran anda mengikuti langkah-langkah dibawah.

Selepas membuat bayaran, sila ‘scan bank slip’ dan lampirkan di email anda ke aidaqsvc@gmail.com  dengan maklumat berikut:

Nama   :

Nama Pemegang Akaun (Sekiranya Berbeza Dengan Di Atas)   :

Alamat Email Anda   :

No.Telefon Anda      :

Nombor Transaksi    :

‘Cut & Paste’ Maklumat Transaksi Anda   :

Jumlah Bayaran       :

Perkhidmatan ‘Online Banking’ Yang Anda Gunakan   :



PENTING : 

Untuk pembayaran ‘online banking’, ia mengambil masa 2-3 hari sebelum dana anda dipindahkan ke akaun kami. Kami hanya akan memproses permohonan anda apabila dokumen lengkap diperolehi dan bayaran sepenuhnya diterima.
Teknik Pemakaian Tudung 

Hari saya akan berkongsi dengan anda teknik pemakaian tudung yang sesuai samada anda mahu pergi ke tempat kerja, majlis rasmi mahupun memadankannya dengan pakaian kasual.



Jika anda memerlukan perundingan cara pemakaian tudung yang lebih cantik, sila hubungi saya Atiliya 0164264559

Anda juga boleh dapatkan diskaun  daripada kami hari ini.




Selamat Datang Ke kedai Fesyen Tudung saya.

Fesyen Remaja Masa Kini
001-RM25.00
Kepakaran saya adalah menyediakan tudung-tudung yang berkualiti, cantik dan dapat diperbagaikan dengan fesyen anda.

Tudung ini dibuat dari Material yang lembut, tidak panas dan mudah dibentuk.

Gaya ini sesuai dipadankan dengan pakaian rasmi.

Tudung-tudung ini didatangkan dengan pelbagai warna kesukaan anda pada saiz 24'inci x 24'inci.

Dapatkan tudung fesyen terkini HARI INI..pembelian melebihi 5 helai, diskaun 5%. 
Saya memang pengemar Dato Siti, jadi fesyen tudungnya pun saya akan ikut juga.

Buat penggemar fesyen bertudung di luar sana, anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti fesyen-fesyen tudung terkini yang digayakan oleh artis-artis tempatan. Maklumlah, sekarang ni ramai artis kita sudah berhijrah dan mengenakan tudung.


Apa yang menarik minat kami kali ini adalah gaya fesyen yang ditonjolkan oleh penyanyi terkenal negara, siapa lagi kalau bukan Dato’ Siti Nurhaliza.


Nak tahu fesyen terkininya, jom kita lihat.


Walau sibuk dengan jadual harian, Dato’ Siti masih sempat memuat naik gambarnya yang mengenakan pelbagai fesyen tudung menarik di laman sosial.



Boleh jadi ikutan buat mereka yang menjadikan Dato Siti sebagai idola fesyen tudung terkini tetapi dah namanya Dato’ Siti, pastinya fesyen bertudung yang dipakai oleh beliau akan menjadi ikutan oleh ramai kita.



Kalau anda juga seorang pengemar tudung Dato Siti, jom kongsikan cara bertudung beliau yang anda paling suka dalam ruangan komen di bawah.